12 Ciptaan Dari Jepun Yang Pelik Dan Mengarut. Yang Last Sekali Tu Memeningkan Saintis  Dan Jurutera Jepun ..Made In Malaysia Tu !!

 

 

Negara Jepun terkenal dengan teknologi canggih dan inovasi produknya. Sehinggakan banyak syarikat-syarikat gergasi teknologi berasal dari Jepun. Namun tidak semua ciptaan daripadanya itu betul-betul berguna. Ada juga rekaan yang memang pelik dan tidak masuk akal!

Seluar HelloKitty untuk anjing memang sangat menarik. Tetapi mungkin tidak bila anjing tu nak ‘membuang’ nanti.

Tangan palsu untuk cover mulut ketika mencungkil gigi. Kenapa tak guna tangan lagi sebelah je?

Mungkin anting-anting ini dicipta untuk mengelakkan diri dari orang ramai kot. Entahla.

Khas untuk orang yang tangan tak bedung menggunakan gincu..hahaha

 

Camera berbentuk donat? Dari jauh buat orang ingat kita gila bila guna donat untuk ambil gambar.

Yang ni memang betul bangang. Apa kejadahnya guna lipbalm perisa wasabi.

 

Kalau lepas guna ketika hujan takkan nak gantung balik dileher?

Bantal berbentuk buku. Khas untuk kaki kipas di Jepun yang mahu nampak tertido penat buat kerja depan boss.

Yang ni mungkin berguna. Keychain bubble warp untuk menghilangkan stress.

Mungkin dicipta untuk pakaian cepat kering ketika memandu. Tapi kalau tercicir nanti masalah juga.

Khas untuk yang pakai selipar ketika masuk hutan. Jadi takdela kena gigi nyamuk.

Untuk memancungkan hidung. Tag kawan anda di ruangan komen yang perlu guna ciptaan ini.

BONUS!!

Motor boleh redah banjir ciptaan anak tempatan kita yang pernah viral di Malaysia suatu ketika dulu. Jangan pandang rendah dengan inovasi dan kreativiti orang Malaysia. Saintis dengan jurutera Jepun pun boleh pening kepala tengok..

Dipersilakan SHARE.

Sumber:mediagempak.com

IZARA AISYAH NIKAH ANAK DATUK K 17 NOVEMBER INI.

Ringkasan Video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)
Tak lama lagi, pelakon cantik manis, Izara Aisyah bakal mendirikan rumah tangga dengan anak kepada Datuk K!

Woww… Bakal menantu Datuk Siti Nurhaliza rupanya Izara ni ya. Adib Khalid, 27, mengesahkan bahawa mereka bakal bernikah pada 17 November ini. Ada masa lagi sebulan saja ni nak buat persiapan.

Namun bagi Adib, majlis itu bakal diadakan dalam satu majlis tertutup yang akan dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Manakala, majlis bersanding di sebelah pihak lelaki pula akan diadakan dua hari kemudiannya.

“Pada masa ini, segala persiapan sedang giat kami lakukan dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

“Doakan majlis kami berjalan sempurna seperti mana yang kami rancangkan,” kata Adib dipetik daripada Astro Gempak.

Pasangan ini sudah pun bertunang pada Julai yang lalu dan mereka bakal menghadiri kursus kahwin pada hujung minggu ini.

Sila tonton video:

Sumber: diharian via http://www.manggahijau.com/hiburan/izara-aisyah-nikah-anak-datuk-k-17-november-ini/

(VIDEO) Bertahun Lamanya Wanita Ini Menyangka Dia Mempunyai Tahi Lalat, Sehinggalah Doktor Memberitahu Ianya ‘Blackhead’ Yang Berusia Puluhan Tahun!!

 


Apabila anda semakin berusia, adalah perkara yang semulajadi apabila anggota badan anda menjadi besar hidung, kaki, ‘tahi lalat’ dan sebagainya. Wanita berusia 85 tahun ini menyangka dia mempunyai tahi lalat yang semakin membesar sehinggalah dia bersama anaknya pergi berjumpa doktor untuk membuangnya. Ternyata apa yang disangka tahi lalat itu adalah ‘Blackhead’ yang berusia puluhan tahun!

Dr. Sandra Lee, juga dikenali sebagai “Dr. Pimple Popper “, adalah pakar dalam mengatasi masalah kulit khususnya membuang jerawat dan blackhead. Bahkan beliau mempunyai channel youtube sendiri untuk menunjukkan cara beliau bekerja kepada peminat-peminatnya. Dia juga telah berjaya mengeluarkan ‘blackhead’ gergasi di belakang badan wanita tersebut tanpa masalah atau komplikasi.Berlubang belakang badannya apabila blackhead bersaiz besar itu di keluarkan. 

Saksikan video ketika proses pembuangan blackhead tersebut dibawah.

Jangan lupa tag kawan anda diruangan komen! Biar dia tak lalu makan tengok video ini..hahaha

Sumber : katakpisang.com

PASANGAN INI MENEMUI “TELUR MATA KERBAU” TERAPUNG DI LAUTAN. SETELAH DISELIDIKI, RUPA-RUPANYA…

Sepasang suami isteri dari Singapura telah pergi bercuti di satu tempat peranginan di Laut Aegean. Semasa mereka mahu pergi menyelam, mereka telah menemui satu ‘objek aneh’ terapung-apung di permukaan laut.Loading…

Tanpa berfikir panjang, si suami dengan segera memanggil objek itu sebagai “telur goreng mata kerbau” disebabkan rupanya yang seperti itu.

Tetapi mengapa pula secara tiba-tiba di tengah laut terdapat telur goreng mata kerbau? Dengan perasaan ingin tahu, si suami ini telah mendekati objek itu dan menyentuhnya dengan berhati-hati.

Objek itu hanya terapung-apung dan tidak bergerak. Jadi pasangan ini kemudian mengambil keputusan untuk mengambilnya.

Mereka mengambil kayu dan menyentuh objek itu dengan berhati-hati. Objek telur goreng mata kerbau itu dipusingkan dari atas ke bawah.

Dan mereka mendapati bahawa objek aneh itu adalah sejenis spesis obor-obor.

Si suami terus mencuba mengangkat dan mengalihkan obor-obor itu dan membawanya ke daratan. Selepas diteliti, bentuk obor-obor ini benar-benar seperti telur goreng mata kerbau.

Terdapat kuning telur di tengah dan putih telur dikelilingnya. Pasangan ini terus meneliti objek obor-obor aneh ini dan menyiasat dari mana spesis sebenar obor-obor ini berasal.

Akhirnya mereka mendapat tahu bahawa obor-obor ini dinamakan Cotylorhiza tuberculata atau nama lainnya obor-obor telur goreng mata kerbau.

Cotylorhiza tuberculata adalah satu spesis obor-obor yang juga dikenali sebagai obor-obor Mediterranean atau obor-obor telur goreng mata kerbau.

Ia biasa ditemui di Laut Mediterranean, Laut Aegean dan Laut Adriatik. Diameter obor-obor ini boleh mencecah sehingga 35 sentimeter.

Obor-obor ini tidak membahayakan manusia kerana ia tidak mempunyai sengat seperti spesis obor-obor yang terdapat di lautan lain.

Obor-obor telur goreng mata kerbau ini hanya boleh mencapai lebar sepanjang 17 sentimeter. Ia sangat lembut dan rupanya dari atas seperti telur goreng mata kerbau.

Tepinya dikelilingi seperti bentuk cincin yang melengkung dengan bawahnya berbentuk seperti debunga kecil yang lembut.

Pasangan ini sangat bertuah kerana telah menemui satu spesis obor-obor yang sangat unik dan ia hanya boleh dijumpai di tiga lautan dalam negara Eropah dan Mediterranean sahaja.

Credit – Era Baru