ALIF SATAR TAK PERNAH DENGAR HAIWAN NAMA KAKTUS? NAH, INI LAH DIA RUPA HAIWAN BERNAMA “KAKTUS” !

Loading...

“Mungkin saya tak pernah dengar haiwan bernama kaktus.”Hm, tak tahu nak menangis atau ketawa apabila mendengar kata – kata Alif Satar ini. Nak buat dua – dua boleh?

 


Foto: IG Alif Satar

Al- kisah nya, peserta Clever Girl dari Perlis, Hani Nazrina Hanizar memberi jawapan salah sehingga rancangan itu sekali lagi mencetuskan kontroversi.

Hani memberi jawapan ‘kaktus’ berhubung soalan nama saintifik bagi haiwan Raphus Cucullatus.

Video: Lawak Tube

Kedengaran nada terkejut Alif ketika menyuruh Hani mengulang semula jawapan nya. Hani pula terkulat – kulat sahaja wajah nya.


Foto: IG Alif Satar

Hm, mungkin graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu sedar dia telah memberi jawapan ‘kurang bijak’. Siapa tahu isi hati nya, kan? Mungkin juga dia terlalu gementar sehingga tersalah memberi jawapan.

Maka dengan itu, berduyun – duyunl ah netizen ‘membahan’ gadis itu.

“Budak tadika pun tahu itu tumbuhan.
 
“Clever girl harap muka cantik tapi ‘habuk’ pun tak ada.
 
“Betul lah kata Rahim Sepahtu Maharaja lawak ‘cantik tak semestinya cerdik’,” tulis netizen.




Apa yang melucu kan, ada netizen yang mendakwa haiwan bernama kaktus itu ‘wujud’. Alif nak tahu macam mana rupa dia?


Foto: FB

Ha, mungkin Hani keliru dengan haiwan dari animasi Boboiboy, Cattus ini kot?

Sebutan nak sama dah tu, ejaan saja lari sikit. Amacam Alif, boleh terima tak? lawak

Eh, belum habis lagi! Michael Ang pun turut sama mem bahan Hani kerana jawapan nya yang ‘tak masuk akal’ tu. Dia cakap apa? Nah, tengok sendiri video ini. – CARI

Video: koleksi frankadam

sumber : bm cari dot com

Loading...