5 Selebriti Terkenal Malaysia Yang Kini Sedang Hamil. Jom Lihat! Siapakah Mereka…

Loading...

 

Kesempurnaan seorang wanita adalah ketika wanita itu memiliki seorang anak dan juga hamil. Mengandung adalah momen paling berharga dan tidak boleh dilupakan bagi seorang wanita.

Nova menyenaraiakn 5 selebriti Malaysia yang kini sedang hamil. Jom lihat! siapakah mereka.

Amyra Rosli

Pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli telah mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka lahir pada penghujung Oktober depan.

Amyra, Amar sangat teruja untuk menanti kehadiran permata hati mereka dan menanam hasrat untuk menyambut sendiri kelahiran anak sulung mereka.

Jihan Musa

Jihan mendedahkan berita gembira tersebut secara eksklusif di rancangan MeleTOP. Jihan mengatakan anak yang sedang dikandung olehnya merupakan anak ‘made in France’.

“Secara kebetulan, saya berada di Perancis untuk menjalani penggambaran drama bersiri Biniku Ninja. Watak Sabatini yang saya jayakan sedang hamil. Tak sangka saya memang betul-betul sedang mengandung.

Nora Danish

Pejam celik pejam celik sudah 4 bulan aktres Nora Danish hamil anak keduanya hasil perkongsian hidup dengan Nedim Nadzri atau Bossned. Terbaru Nora berkongsi gambar ‘baby bump’ pertamanya kepada peminat menerusi Instagram.

Foto yang hanya memfokuskan bahagian perutnya yang kelihatan agak jelas berbanding sebelum ini dimuat naik secara berasingan dengan satu lagi foto bersama rakan-rakannya

Siti Nurhaliza

Pengesahan itu dibuat di kediaman beliau di Ampang, Selangor malam tadi. Menurut Siti, kandungan beliau sudah berusia empat bulan.

Berita baik tersebut dikongsi oleh Siti selepas majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan secara tertutup di kediamannya yang dikongsi bersama suami tersayang, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan beberapa orang anak mereka.

Eira Syazira

Pelakon Azad Jazmin akui bersyukur apabila mendapat tahu isterinya Eira Syazira kini hamil anak ketiganya.

Azad menerusi laman Instagram (IG) miliknya, memberitahu dia tidak menyangka menerima berita gembira tersebut.

Menerusi entri yang dikongsikan Azad memuat naik fotonya mencium perut Eira serta sekeping lagi foto alat pengesan kehamilan.

kita boleh melihat beberapa selebriti Malaysia ini mempunyai aura tersendiri ketika hamil. Oh kepoh mengucapkan tahniah dan mendoakan baby dan selebriti sihat dan di permudahkan segala urusan.

 

Loading...