27 GAMBAR – SEKITAR MAJLIS PERTUNANGAN ADIK ERMA FATIMA & UMIE AIDA

Loading...

Adik bongsu kepada Erma Fatima dan Umie Aida iaitu Betty Rahmad selamat mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya, Ardy Damis, 30, di kediaman keluarga mereka, kira-kira jam 4 petang semalam.

 

Betty dan Ardy yang juga ahli perniagaan, sudah empat tahun bercinta dan mereka merancang bernikah pada Januari 2018.

Betty yang berbakat sebagai pelakon dan penyanyi, berharap fasa baru hidupnya dikurniakan segala yang terbaik.

“Selama mengenali Ardy, saya akui hubungan kami ada pasang surut. Tapi, alhamdulillah, akhirnya ia menjurus ke arah baik.

Klik untuk gambar besar

“Ketika saya menerima kejutan lamarannya di Bali, Indonesia, momen itu cukup menyentuh hati. Saya tak sangka dia merancang awal hingga membuat kejutan meletakkan cincin dalam bekas pemanis mulut yang dibawa pekerja restoran.

“Malah, selama mengenalinya, Ardy menjadi penyokong kuat dalam apa saja perkara yang saya lakukan termasuk dalam bidang perniagaan,” ujarnya.

Sementara itu, Erma yang menyenangi pilihan adiknya itu meluahkan rasa syukur apabila mereka selamat bertunang.

“Alhamdulillah, sampai jodoh adik bongsu saya. Betty seorang saja yang belum berkahwin. Kami lima beradik yang lain sudah melalui fasa berumah tangga.

“Hanya doa yang baik daripada saya dan adik beradik lain untuk melihat mereka bahagia ke jenjang pelamin dan menempuh alam berumah tangga.

“Saya lihat Ardy budak baik… InsyaAllah, semoga dia dapat membimbing Betty menjadi isteri solehah,” katanya.

Pada majlis pertunangan itu, teman artis seperti Nora Danish, Bella Daly, Adeline Tsen, Putri Najuwa dan lain-lain artis turut hadir.

www.myartis.com / Sumber: Berita Harian – Foto: #damisandbetty

Loading...